Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru, 5 Dec to 9 Dec 2006

KOTA KINABALU:

Satu pertandingan persahabatan bolasepak 4 penjuru akan berlangsung mulai 5hb Disember 2006 hingga 9hb Disember 2006 di Stadium Likas. Pertandingan ini adalah sebagai persediaan bagi pasukan Sabah menghadapi cabaran Liga Perdana 2006/2007.

Pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dalam perltandingan ini adalah tuan rumah, Sabah, Sarawak, Beverly FC, & Persiba, pasukan bolasepak Liga Indonesia dari Balikpapan.

Perlawanan pembukaan akan bermula pada hari Selasa 5 Disember, jam 7.30mlm diantara pasukan Liga Perdana Sabah menentang pasukan Persiba. Tiket perlawanan berharga RM5.00.

Perlawanan-perlawanan lain pada 6hb, 7hb,8hb & 9hb Disember akan dilangsungkan dua (2) perlawanan pada tarikh-tarikh berikut dimana perlawanan pertama akan bermula pada jam 4.30ptg, & diikuti oleh perlawanan kedua pada jam 7.30mlm. Pihak penganjur telah menetapkan RM5.00 bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan pada tarikh-tarikh tersebut.

Sekiranya para peminat & penyokong bolasepak ingin meyaksikan persediaan pasukan Sabah khususnya menjelang musim baru 2007/2007, silalah datang beramai-ramai ke Stadium Likas & berikan sokongan serta memeriahkan suasana!

* Jadual perlawanan bagi setiap pasukan untuk pertandingan ni akan disediakan tidak lama lagi. Tq.

TERKINI

Jadual perlawanan pada hari ini melibatkan Sarawak dengan Beverly Fc di tunda kepada 6hb. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *