Sabah lebur rekod Naza FC

Sumber : Berita Harian

SABAH membuat pasukan Kuala Muda Naza (Naza FC) berputih mata di Stadium Darulaman apabila meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan Liga Perdana, malam tadi.

 Namun, Naza FC perlu menyalahkan diri sendiri apabila ketumpulan barisan serangan menjadi punca pasukan itu terpaksa menyerahkan rekod tanpa kalah mereka.

Pelawat mengambil kesempatan menguasai bahagian tengah selepas tuan rumah tidak dapat membariskan pemain tengah Antonio Vega dan penyerang Rosli Azizan dan ini sedikit menjejaskan gerakan mereka.

Bagaimanapun, dalam kepincangan itu tuan rumah masih mampu sesekali melancarkan serangan merbahaya dan usaha mereka itu tidak sia-sia apabila berhasil mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-20 melalui Cristian Carrasco.


Bagaimanapun, dalam kepincangan itu tuan rumah masih mampu sesekali melancarkan serangan merbahaya dan usaha mereka itu tidak sia-sia apabila berhasil mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-20 melalui Cristian Carrasco.

Ia berpunca hasil kesilapan penjaga gawang pelawat, G Jeevanatham, yang gagal menyepak kemas bola yang singgah di kakinya dan memudahkan Carrasco untuk menolak bola ke gawang terbuka, sekali gus menggembirakan 5,000 peminat tuan rumah.

Namun, kegembiraan tuan rumah tidak lama. Sabah hanya menanti tujuh minit untuk membalas apabila pemain importnya, Charles Obi menyempurnakan sepakan penalti selepas ketua pasukan Naza FC, Mohd Salim Zulkifli menarik Chow Chee Wing dalam petak penalti.

Naza FC cuba bangkit pada babak kedua dengan mengasak pertahanan Sabah, tetapi gandingan penyerang Carrasco dan Mohd Shaharizam Md Rani gagal memanfaatkan beberapa peluang di hadapan pintu gol gawang.

Kem Naza FC dihukum kealpaan pertahanannya apabila Charles melarikan bola di tengah padang dan melepasi perangkap ofsaid sebelum menggelecek penjaga gol, Amran Omar dan menolak bola masuk untuk gol kemenangan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *