Skuad Badak tak mahu ‘bintang’

source

 

Oleh MUSTAPA LAKAWA

TIDAK seperti pasukan lain yang teruja mendapatkan pemain bertaraf ‘bintang’, Sabah pula lebih selesa menggunakan khidmat pemain negeri itu bagi menghadapi kempen Liga Perdana musim depan.

Menurut pengurus pasukan, Rahman Zakaria, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa selain kedudukan Sabah yang kini sedang melalui proses pembangunan semula.

Begitupun, Rahman mengaku bahawa skuad Badak itu tetap memerlukan sentuhan pemain luar dalam misi mengembalikan maruah bola sepak Sabah.

Antara pemain luar yang dijangka menyertai pasukan itu ialah Chan Wing Hong, iaitu pemain pertahanan berpengalaman dari Perak.

“Dia (Chan Wing Hong) akan datang ke Sabah minggu depan untuk berbincang mengenai keputusannya menyertai pasukan ini,” jelas Rahman kepada Kosmo! semalam.

“Selain Wing Hong, pemain luar lain yang akan terus bersama pasukan ini ialah Wong Sai Kong selain Chow Chee Weng yang diharap dapat terus menyarung jersi skuad negeri ini.”

Begitupun, Sabah yang kini dibimbing oleh jurulatih sementara, Burhan Ajui tetap memberi keutamaan kepada pemain negeri itu untuk beraksi pada musim depan.

“Kami masih perlukan khidmat pemain tempatan seperti Zainizam Marjan, Joey Ryan Gundok dan Hardy Charles Parsi serta beberapa lain pemain muda yang lain,” tambah Rahman.

“Pasukan kami juga bakal mendapat sentuhan pemain berbakat, Ian James Wong yang juga anak kepada bekas pemain negeri, James Wong.”

Turut memperkuatkan pasukan Sabah pada kempen musim baru akan datang ialah Bobby Gonzales, Zaykiel Leong, Restu Emat, Zuraindey Jumai, Radzi Hussin, Mohd. Farid Saibun dan Azrul Ejati Damsah.

Sementara itu, Rahman turut mengesahkan bahawa Sabah kini dalam proses untuk mencari ketua jurulatih bagi menggantikan tempat jurulatih dari Croatia, Drago Mamic.

“Apa yang boleh saya katakan ialah persatuan sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan jurulatih dari Timur Tengah,” jelasnya.

4 thoughts on “Skuad Badak tak mahu ‘bintang’

  • November 4, 2008 at 11:37 am
    Permalink

    tahniah bro,,you did a great job..sesuatu yang totally upgrade.Semoga musim baru ini memberi sesuatu dimensi yang lebih sukses..” MALAYSIA BOLEH,SABAH TENTU BOLEH..well done””’

  • November 5, 2008 at 6:02 pm
    Permalink

    Harap sabah blh menonjol tahun depan….. sudah lama x dngar nama pemain2 tmptn Sbh Yg menyinar d perigkat kebangsaan… nouru matu lumogop… bangkitlah dari kogutan tu……….

  • November 8, 2008 at 3:40 pm
    Permalink

    Kalau tia dapat pemain luar pun ok bah, kta cipta sejarah tersendiri…dari jurulatih sampai pemain simpanan suma org sabah..

  • November 21, 2008 at 4:44 pm
    Permalink

    ok bha juga tu, kami selaku warga sabah sentiasa berada dibelakang anda untuk menyokong pasukan SABAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *