Gugur Badak sebagai maskot SAFA tidak logik

Berikut adalah petikan dari akhbar Daily Express ruangan forum pada 28hb Feb 2010:

Januari lalu, pengurusan Safa menukar maskot sabah FC daripada Badak kepada Helang.

Sebagai penyokong, saya tidak puas hati dengan keputusan ini yang bagi saya seperti membelakangkan penyokong-penyokong serta pandangan mereka. Menurut beberapa laporan, salah satu sebab perubahan itu di buat adalah untuk mengalakkan semangat berpasukan dan mempunyai imej baru.


Bagi saya, alasan yang diberi oleh Alijus tidak masuk akal. semua orang tahu langkah itu bukan satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pasukan tersebut. Ia mengwujudakan rasa tidak selesa di kalangan penyokong yang selama ini mengenali pasukan itu sebagai “Badak”.

Pengurusan Safa harus menganalisa dan dapat meramal implikasi daripada tindakan menukar maskot itu. keputusan-keputusan ini sebenarnya hanya mendedahkan pengurusan sabah sebagai tidak konsisten dan tidak bermaruah. hanya kerana mereka tidak dapat menanggung derita akibat prestasi pasukan sejak beberapa musim ini, mereka mengambil keputusan untuk mengubah maskot dengan harapan pasukan itu akan memasuki liga super.

Dalam sabahrhino.com Alijus sendiri terkejut apabila mendapat tahu bahawa pasukan KL juga menggunakan helang sebagai maskot mereka.Ini jelas menunjukkan bahawa mereka langsung tidak tahu maskot yang digunakan pasukan lain.

Maskot (Badak) yang dipilih sejak kelab itu ditubuhkan harus dikekalkan tanpa mengambil kira prestasi pasukan (ambil contoh EPL, sekalipun berdepan tempoh sukar, maskot mereka tidak pernah berubah. ia menjadi sebahagian daripada sejarah dan sangat bernilai kepada mereka).

Safa tidak boleh memaksa penyokong-penyokong menerima maskot baru ini. Percaya atau tidak, semua penyokong di Sabah termasuk di kawasan luar bandar, mengenali Badak.

sudah tiba masanya bagi Safa untuk membuktikan bahawa mereka boleh membawa Badak ke satu peringkat lain, bukannya sekadar menukar maskot. saya juga berharap agar pasukan ini akan berjaya ke liga super tahun ini.

Penyokong Setia Badak

17 thoughts on “Gugur Badak sebagai maskot SAFA tidak logik

  • March 3, 2010 at 6:32 pm
    Permalink

    saya sokong hawks di gugurkan…. kekalkan badak sebagai maskot sabah… tolong beritahu kepada pengurusan Safa.. terutamanya En Alijus.. masa belum terlambat, kalau boleh minta dia maklum balas dari semua peminat/penyokong.. dont simply do decision like nobody care and remember sabah team is state level means sabahan people directly involve in any decision especialy in mascot issue… at least safa bg muka laa sikit dgn penyokong2 bah… kalau langsung tiada penyokong pun safa susah juga kan.. mcm mana mau masuk duit…

  • March 4, 2010 at 8:00 am
    Permalink

    Itulah saya bagtau hari tu. Sebenarnya bukan masalah maskot yang patut di tukar tetapi, semua pihak pengurusan SAFA. Kalau dah tidak boleh jalankan tugas letaklah jawatan. Jangan salahkan maskot bah. Pengurusan Lemah betul. Sebagai seorang peminat yang setia dengan bola sepak, saya benar-benar kecewa. Tolonglah SAFA ooi!!!!

  • March 4, 2010 at 1:28 pm
    Permalink

    ya..adakah patut bagus2 suda maskot badak ditukar pigi helang..jadi kalau helang sama juga “ayam” tukar lagi la kunun maskot…grow up la..ini la bikin kita nampak x pro..siap boleh tidak tau team KL guna maskot yg sama..harap pengurusan Sabah Helang ini segera pertimbang guna semula badak..team EPL pun tidak juga tukar2 nama walaupun kalah, bankrap dll.. ini main mcm ayam, harap maskot saja bikin kasi bagagar lawan. YAB Ketua Menteri sebagai Presiden harap boleh pertimbangkan semula..jangan la didangar terlampau org mcm ni..mo impress kunun..bagus lagi impress dengan tunjukkan kemenangan.. ini belum lagi kita dengar gaji tidak bebayar..bikin malu saja..yg dipikir tukar maskot…hahahahaha

  • March 4, 2010 at 7:09 pm
    Permalink

    maskot Badak begitu sinonim dengan pasukan Sabah..masalahnya bukan Badak,tapi pengurusan SAFA la..perlu keluar dari kepompong lama,prestasi buruk pasukan Sabah musim lalu adalah disebabkan oleh pengurusan pasukan yang lemah..bukannya maskot yang menjadi mangsa…Diharap pengurusan SAFA ambik pandangan peminat terlebih dahulu,jgn buat keputusan sesuka hati…

  • March 5, 2010 at 1:15 am
    Permalink

    harap2 safa dengarlah luahan peminat Badak nie…. at least jangan laa membisu jaaa.. kalau boleh sabahrhino bole tlg bagitau safa ttg hal ini… sbg wakil penyokong2 sabah laa…

  • March 8, 2010 at 7:03 pm
    Permalink

    KEKALKAN SABAHRHINOS!!!!!

    SEMOGA PADA MASA AKAN DATANG PENGURUSAN SABAH JUGA BERTUKAR BARU. JANGAN GUNA ORANG-ORANG YANG TIDAK BOLEH PAKAI TERUTAMANYA YANG KUAT MENGAMPU. SEMOGA SABAH KEMBALI SEPERTI DULU. PASUKAN YANG AMAT DIGERUNI!!!!!

  • March 8, 2010 at 9:49 pm
    Permalink

    butul itu topinai2 skalian.. klu burung halang ble gia kasi sup, licak gia tu, klu badak, karas mcm garadu.. itu yg kasi naik semangat..

  • March 8, 2010 at 10:36 pm
    Permalink

    heheh,.. betul tu topinai.. mcm tidak ngam bah kasi jadi kondiu(helang).. bikin panas bah ni safa nie. raul, ngam laa ko suru dorg tukar org tu… kasi tukar org yg ambil berat sama peminat/penyokong,.. ni safa sekarng ni mcm tidak peduli penyokong/peminat bola tempatan, yg dorg tau minta duit bayar stadium jaaa…. langsung tidak pandai ambil hati penyokong…

  • March 9, 2010 at 10:16 pm
    Permalink

    Kejatuhan pasukan SABAH disebabkan oleh orang-orang yang gila jawatan, pengampu, tidak jujur, tidak komitmen,tidak telus dalam menjalankan tugas & tanggungjawab serta bermacam-macam lagi yang seangkatan dengannya.

    Oleh kerana mereka yang gila glamour tapi tidak pandai buat kerja ni, tidak mahu dijadikan punca kejatuhan pasukan kesayangan rakyat SABAH ni, maka mereka-mereka ni cari alasan menyalahkanlah MASKOT yang selama ni da sebati dengan kita.

    Kalau mereka-mereka ni berani, marilah kita berdepan. Pihak pengurusan & peminat2 setia pasukan berbincang. Kami pun mahu tahu dengan lebih terperinci, apa masalah sebenar yang SAFA hadapi. TOLONGLAH SAFA!!! KEMBALIKAN MARUAH BOLA SEPAK KAMI!!!

  • March 29, 2010 at 12:25 am
    Permalink

    kalo kmrang tukal 2 sy x mau p likas uda tngk kmu main ..jaga ,puiih

  • April 17, 2010 at 7:20 pm
    Permalink

    selaku die-hard fan pasukan sabah, memng satu keputusan yang paling teruk la SAFA buat, dengan menukar maskot badak kepada helang. persoalannya kenapa SAFA lebih sibuk mau tukar maskot, kalau suda terlalu banyak masa sampai xda tau mau buat apa pg la turun mejelajah di daerah seluruh sabah tinjau kalau ada bakat yang boleh dipertengahkan jangan harapkan hanya buat open selection sahaja paling2 pun orang yang sama jga yang datang. lepas tu apabila pasukan kalah tuduh pemain, padahal MEREKA yang memilih itu pemain..suda lama btl sabah xda bakat pemain yang betul2 berbakat..Tolong la “SAFA BERUSAHA” jangan hanya duduk di kerusi sambil berpusing2.

  • April 24, 2010 at 8:55 am
    Permalink

    mari kita buat banner bantahan time sabah lawan di stadium… mcm?

  • April 24, 2010 at 11:13 am
    Permalink

    Cadangan yg disuarakan oleh alfa omega saya sokong 100%. Cuba SAFA jelajah bumi SABAH ni utk cari pemain. Bersemangatlah sikit SAFA. Jgn malas.

  • April 26, 2010 at 9:28 pm
    Permalink

    ya saya setuju btl dengan cadangan rhin, cuma ini sja caranya, kita dapt menunjukkn rasa ketidak puas hatian terhadap pengurusan SAFA yang sewenang-wenangnya menukar identiti pasukan sabah..

  • April 27, 2010 at 7:00 pm
    Permalink

    maskot hawk dimiliki oleh Kuala Lumpur dlm liga super…. kalau next season kita masuk liga super takkan kita mau rebut itu maskot hawk dr KL….

    bagus kita semua buat surat bagi dgn SAFA…. buat bantahan rasmi…

  • May 1, 2010 at 9:25 am
    Permalink

    bh cadangan yg baik jga 2 rhin. kita tanya dulu geng2 yang lain klu diorng setuju..

  • May 3, 2010 at 2:11 pm
    Permalink

    Saya dr TAWAU setuju dengan cadangan kamu. Kuasa peminat lebih besar dari Pihak Pengurusan SAFA. Pasukan SABAH adalah kepunyaan rakyat SABAH. Pihak Pengurusan hanya diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Terus suarakan pendapat kita….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *