MP Muar ikat Sabah

HASRAT Sabah untuk memintas pendahulu, Felda United tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) dalam aksi tunggal Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Aksi 15 minit pertama dikuasai Sabah tetapi pelawat buntu mencipta jaringan ketika benteng tuan rumah bekerja keras mengekang asakan manakala barisan depan hampir mengejutkan pasukan bimbingan Gary Phillips pada minit ke-24 tetapi tandukan Khairul Azhar Edros sempat dikeluarkan.


Hanya pada minit ke-30, MP Muar memecah kebuntuan selepas bola sepakan lintang Izzudin Mat dirembat Suhaimi Samadi untuk menggegar gawang pelawat.

Namun seminit sebelum babak pertama berakhir, Sabah menyamakan kedudukan menerusi bekas penyerang Johor, Mohd Farid Ideris yang menggelecek dua pertahanan sebelum merembat kencang.

Sebaik babak kedua bersambung, Sabah menggempur benteng tuan rumah tetapi setiap percubaan gagal menemui sasaran tatkala palang dan tiang gol menjadi penghalang untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1-1.

One thought on “MP Muar ikat Sabah

  • June 8, 2010 at 9:18 pm
    Permalink

    sayang2 kalau sabah menang lawan m.p muar tu terus no 1 o……tapi x pa lah masih ada peluang g….sabah the best….tingkatkan kualiti permainan……Go GO GO SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *