Author Topic: Stor Senjata Api PGA Kena Pecah  (Read 1587 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline ampal

  • Geng Tatap
  • ***
  • Posts: 359
  • Popularity: +0/-0
    • http://www.newsabahtimes.com.my
Stor Senjata Api PGA Kena Pecah
« on: December 04, 2005, 01:59:27 PM »
KUALA TERENGGANU: Dua puluh satu senjata api termasuk 19 revolver dan kira-kira 500 peluru hilang daripada stor simpanan senjata Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kubang Badak di sini, awal pagi semalam.

Revolver yang hilang ialah jenis Smith & Wesson dan masing-masing satu pistol jenis Browning dan Steyr, manakala peluru ialah jenis .38 dan calibre 9mm serta sejumlah kelopak peluru.

Stor yang dikelilingi pagar itu dipercayai dipecah masuk antara jam 3 hingga 5 pagi. Kehilangan senjata itu disedari kira-kira jam 7 pagi apabila anggota menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sejumlah raifal M16, sub mesingan MP5 Heckler & Koch, peluru pelbagai calibre serta peralatan lain, termasuk gas pemedih mata tidak dicuri. Senjata itu tidak dilarikan kerana ia disimpan dalam kabinet besi berkunci yang dilindungi jeriji besi dari lantai ke siling.

Selain ada tanda-tanda pecah masuk pada pintu, turut ditemui ialah pemotong wayar, dipercayai digunakan untuk memotong pagar stor berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Hussin Ismail mengesahkan kejadian itu, tapi enggan mengulas lanjut dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana penceroboh boleh membolosi kawasan larangan itu.

"Kita tidak akan sembunyikan (kejadian itu) tetapi kejadian ini masih dalam siasatan. Media diminta bersabar," katanya yang ditemui sejurus keluar dari kem itu, petang semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mokhtar Hassan turut meninjau tempat kejadian bersama Hussin dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Kamaruddin Mat Desa. Mereka dilihat meninggalkan kem itu kira-kira jam 5 petang.

Sebelum itu, pada jam 4.10 petang, 15 anggota PGA dilihat dibawa keluar dipercayai ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, difahamkan untuk disoal siasat.

Siasatan termasuk memastikan bagaimana senjata itu dibawa keluar, sama ada menaiki kenderaan atau dibawa berjalan kaki merentasi padang bola atau padang kawat berhampiran sebelum melepasi pagar.

Tinjauan petang semalam mendapati kawalan ketat dilakukan di pos kawalan kem dan media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Semua kenderaan luar tidak dibenarkan masuk dan banyak kereta anggota terpaksa diletakkan di luar pintu masuk utama di Jalan Tok Jembal.

Difahamkan, semua pegawai dan anggota PGA serta keluarga masing-masing di kem itu tidak dibenarkan keluar bagi memudahkan siasatan.

Kem itu yang menyediakan kuaters menempatkan kira-kira 500 pegawai dan anggota, didiami kira-kira 900 orang.


Kronologi kes kecurian senjata di balai polis dan kem tentera


2 Julai 2000: Sekumpulan 15 lelaki kumpulan al-Maunah melarikan 146 senjata api pelbagai jenis termasuk peluru dan alat komunikasi dari Kem Batalion 304 Infantri Askar Wataniah Grik. Mereka kemudian berkubu di Bukit Jenalek, Sauk, Perak.


19 November 1990: Prebet Adam Jaafar didapati bersalah kerana memiliki raifal M-16 dan 88 butir peluru 5.56 milimeter. Adam, bekas anggota Rejimen Enam Renjer, Kem Syed Putra, Jalan Tambun Ipoh, didakwa melakukan kesalahan itu di tangga tingkat satu, Wisma Sabaruddin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 3.55 petang 4 November 1987.


4 Februari 2001: Empat lelaki bertopeng menyerang Balai Polis Guar Chempedak, Yan, Kedah pada jam 4.15 pagi dipercayai untuk mencuri senjata api. Lelaki terbabit bersenjata sepucuk pistol automatik dan masing-masing satu pengumpil serta pemotong besi menyebabkan dua anggota polis cedera.