Author Topic: Highest Poverty In Malaysia - Sabah  (Read 10563 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Kickers X

  • Geng Tatap
  • ***
  • Posts: 407
  • Popularity: +2/-1
    • http://
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #105 on: January 23, 2008, 11:52:02 AM »
Saya mau clear sini pasal semua cerita pasal sa di forum ni...
I'm not politician... nor supporter ruling party nor supporter opposition...
atau berpengaruh 10 juta pengundi di malaysia dalam 880,000 pengundi sabah...
Macam I cakap neutral...

Semua cerita sa bagi pasal poverty atau PTI dll ialah dari newspaper atau website yg terbaca...

Bukan my intension sa mau cakap tapi suda terbaca...
Sa baca apa aja filter punya dan tiada berfilter...
Bukan macam WWE punya story book ok...

Jgn mudah tersinggung ye...
Sa pun inda pernah cakap sa bantah pembangunan sudah disadia...
It's good for u. me and all sabahan...
I Still Luv Sabah as much as you do too... remember this...

Don't be too fanatik... Macam PM pernah cakap READ more to get more knowledge...
 

Offline Salimpodon

  • Geng Elite
  • *****
  • Posts: 3869
  • Popularity: +0/-1
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #106 on: January 23, 2008, 02:47:48 PM »
Don’t let poverty be obstacle for progress: Pairin


TAMBUNAN: Poverty should not be an obstacle for progress and development, said Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
 
He told villagers in Kampung Lutong here that they should work harder to improve their standard of living.

“Those who have idle lands should consider developing them in order to upgrade their standard of living,” said Pairin, who is the Tambunan assemblyman.

Pairin, who is also the Rural Development Minister, was optimistic with the people’s efforts to improve their socio-economy coupled with the government’s focusing on the welfare and poverty of the rural folk to eradicate poverty.

He pointed out that the people themselves must be confident and aware of what they had to do to lift themselves out of poverty.

Pairin also urged farmers in the district to discard traditional farming methods and instead adopt modern agriculture techniques as it would guarantee better yields and profit.

“Diversification is another thing you should consider and use your land for other agricultural produce,” he said, adding that the agriculture sector should be thought of as a business venture through which the farmers could reap benefits and improve their living standard.

The Keningau Member of Parliament also urged the people in Tambunan to concentrate on the tourism industry, which could become the catalyst for the district’s economic development.

He pointed out that the district had plenty of tourism products and attraction which needed to be exposed to local and foreign tourists.

“We want rural folks to grab opportunities provided by the government and concentrate on developing the district’s tourism industry, which could attract tourists and investors to spend their money here,” he said.

According to Pairin, he had already instructed the Village Development and Security Committees (JKKK) in the district to identify potential tourism spots and attraction in the area.

“The proposal to build an airport in Keningau will further boost the tourism sector in the district and Tambunan,” he added.

Meanwhile on a different note, Pairin urged the people to continue supporting the Barisan Nasional (BN) government.

He said by supporting the BN government, the people were ensuring continued development in the State. The government was very concerned about the problems of the people, especially those living in the rural areas, he said.

Pairin further said that there was no better government in the country except for the BN under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“I am confident that the people will continue to give full support to the BN government, which has successfully made Malaysia a peaceful, united and prosperous country,” he said.



 

Offline Kickers X

  • Geng Tatap
  • ***
  • Posts: 407
  • Popularity: +2/-1
    • http://
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #107 on: January 23, 2008, 03:53:04 PM »
Ada news dari the star hari ni cakap 10 kambing seludup di sarawak kana tangkap dan turus kana destroy.. Takut nanti ada disease masuk malaysia...

I wonder pilak and indons seludup ni macamana mau destroy? Diorang indada disease ka?

Offline Kayoti

  • LFC 4ever
  • Geng Elite
  • *****
  • Posts: 10048
  • Popularity: +13/-1
  • Gender: Male
  • 18+5 > 19+3...We are STILL the BEST !!! :P
    • http://www.newsnow.co.uk/newsfeed/?name=Liverpool
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #108 on: January 23, 2008, 04:01:36 PM »
Quote
Ada news dari the star hari ni cakap 10 kambing seludup di sarawak kana tangkap dan turus kana destroy.. Takut nanti ada disease masuk malaysia...

I wonder pilak and indons seludup ni macamana mau destroy? Diorang indada disease ka?
hahahaha....good one!! patut diorg ni pun kasi destroyed juga ni tauuu.....byk sdh kes ni pti bawa disease..... :lol:  
YNWA....

Offline Salimpodon

  • Geng Elite
  • *****
  • Posts: 3869
  • Popularity: +0/-1
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #109 on: January 23, 2008, 07:32:00 PM »
senang2 saja mau destroy orang... manusia bah itu... suhakam marah nanti..

Offline Kickers X

  • Geng Tatap
  • ***
  • Posts: 407
  • Popularity: +2/-1
    • http://
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #110 on: January 24, 2008, 02:36:42 PM »
Lapas tinggu beberapa news dan cerita past and present....
Masih banyak bulih nampak development masih inda cukup untuk sabah...
Paling maju pun tourism aja yg bulih nampak...
Tapi not too exited sabab tourism can change prospect anytime...
Travel advisory warning, penyakit, next door mega development dan dll...

Hampir semua party politik di Sabah sudah pernah pegang dalam kerajaan sebagai KM...
Tapi masih lack of development uga...

Bulih nampak promises yg goverment dari dulu sampai sekarang bukan gimmick tapi tiada potensi untuk membangunkan Sabah dan tiada langsung ada nilai untuk Sabah...
Buat apa taruh bangunan dan buat jalan raya cantik tapi tiada orang pakai... Waste of tax money...
Lagipun nampak juga itu buat bangunan lapas tu terhenti beberapa taun. Continue lagi, tapi simen naik itu ini kana tambah lagi beberapa million mahal lagi tu bangunan..

Harap next state goverment after election bagi yang ada nilai pembangunan yang cepat, Last Long development and no delay...

But one thing for sure Sabah people migration to other states and to other country will still be there because its a trend...
Why should you stay in the Sabah if other states or country is far better in term opportunity and prospect...
« Last Edit: January 24, 2008, 02:44:54 PM by Kickers X »

Offline Salimpodon

  • Geng Elite
  • *****
  • Posts: 3869
  • Popularity: +0/-1
Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #111 on: January 24, 2008, 11:27:00 PM »
UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SABAH DATUK MUSA HAJI AMAN, SEMPENA PELANCARAN PROJEK PEMELIHARAAN IKAN DALAM SANGKAR KPLB SABAH DI KG. SARAP/SIAMPAK, MENUMBOK, PADA 30 JUN 2006

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam suasana aman damai dan muhibah di Dewan PPMS Kg. Sarap/Siampak pada pagi ini.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian mengundang saya untuk melancarkan Projek Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar ini. Usaha yang dilaksanakan ini adalah antara agenda sosial Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah bagi mencapai objektif mengurangkan kadar kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri ini.

Saya berasa gembira dengan kejayaan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah melaksanakan projek pemeliharaan ikan dalam sangkar di daerah Menumbok ini. Saya percaya, program ini dijayakan khusus untuk membantu masyarakat luar bandar menambah pendapatan dan sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka. Cara ini akan lebih memudahkan segala usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar hingga ke tahap yang lebih memuaskan.

Kerajaan sedar bahawa usaha menangani kemiskinan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi serta pendekatan yang sesuai. Dalam hal ini, kerajaan melaksanakan pendekatan bersepadu menerusi kaedah meningkatkan pendapatan para peserta yang terdiri daripada Ketua atau Isi Rumah Termiskin dan Miskin secara berterusan, di samping meningkatkan kualiti hidup dari segi penyediaan tempat tinggal yang lebih selesa, bekalan air bersih, bekalan elektrik, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Ini merupakan pendekatan holistik atau menyeluruh yang bertujuan menyediakan sumber pendapatan tetap kepada para peserta dan pada masa yang sama menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk mereka menikmatinya.

Pada hakikatnya, projek ini menjadi contoh bagaimana faedah yang menyeluruh dapat dimanfaatkan daripada sesebuah program atau projek sekiranya perancangannya mengambil kira aspek-aspek sosial dan ekonomi. Atas dasar ini, Kerajaan Negeri melalui KPLB Sabah melaksanakan peringkat pertama Projek Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar ini sebagai sumber asas meningkatkan pendapatan.

Walaupun skalanya tidaklah terlalu besar dan pencapaiannya adalah terhad dalam konteks saiz kemiskinan dan miskin tegar yang dihadapi di seluruh negeri, pendekatan ini boleh menjadi blueprint terhadap usaha membasmi kemiskinan di kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini, telah melancarkan projek penanaman getah seluas 10 ribu hektar di Semenanjung Bengkoka dalam daerah Pitas.  Projek ini apabila  dilaksanakan sepenuhnya kelak dijangka dapat memberikan faedah kepada kira-kira 2,500 keluarga miskin dan miskin tegar di kawasan tersebut. Saya yakin, pendekatan ini juga sedikit banyak berupaya membebaskan mereka daripada masalah kehidupan yang dihadapi sejak sekian lama.

Manakala di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula, Kerajaan Persekutuan telah meletakkan keutamaan untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan dengan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan sehingga ke paras 2.8 peratus menjelang tahun 2010. Sasaran yang hendak dicapai ini sememangnya mencabar terutama bagi negeri Sabah memandangkan bilangan isi rumah miskin tegar di negeri ini masih berada pada tahap yang tinggi. Namun, tidaklah bermakna Kerajaan Negeri akan membiarkan masalah kemiskinan ini terus menjadi penghalang hidup masyarakat luar Bandar.  Sebaliknya Kerajaan Negeri tetap berazam untuk menjayakan sasaran ini, di samping menokoktambah (complement) usaha-usaha Kerajaan Persekutuan mencapai matlamat mengurangkan kemiskinan di negara ini.

Untuk tujuan ini, peruntukan berjumlah RM70 juta disediakan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bagi melaksanakan program-program peningkatan pendapatan di kalangan penduduk miskin tegar dan insiden kemiskinan dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan.

Sebahagian besar peruntukan yang disediakan ini adalah bagi pelaksanaan program baru KPLB Sabah di bawah RMK-9, iaitu program Mini Estet Sejahtera atau ringkasnya MESEJ. Program ini menyasarkan pelaksanaan estet mini berkeluasan 100 hektar bagi penanaman kelapa sawit dan getah sekurang-kurangnya di tiga puluh lokasi di negeri ini. Sememangnya menjadi hasrat Kerajaan Negeri supaya PPMS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dibina di setiap lokasi MESEJ untuk memastikan golongan miskin tegar dapat menikmati faedah secara menyeluruh dan berterusan.

Saya difahamkan, terdapat projek-projek membasmi kemiskinan kerajaan yang diusahakan oleh para peserta hanya seketika dan ditinggalkan selepas satu pusingan atau tuaian. Ini merupakan satu tindakan yang amat merugikan bukan saja kepada peserta itu sendiri malah juga kepada kerajaan yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menjayakan program-program berkenaan.

Para peserta mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan mereka memperoleh pendapatan secara berterusan dan bukan setakat disediakan projek tetapi tidak diusahakan bersungguh-sungguh. Saya juga difahamkan bahawa setiap projek yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan dilengkapi dengan kursus kemahiran yang dikendalikan oleh agensi pembimbing dalam bidang berkenaan. Kita berharap, peserta yang menjalani kursus ini dan yang menjadi peserta kepada program ini akan dapat berusaha meningkatkan pendapatan keluarga.

Di samping itu, Jabatan Perikanan yang merupakan agensi pembimbing kepada projek ini perlu memberikan bimbingan dan khidmat nasihat yang berterusan kepada para peserta agar mereka dapat meningkatkan pendapatan melalui projek pemeliharaan ikan dalam sangkar dan projek- projek akuakultur yang lain.

Saya difahamkan, 70 peratus penduduk di Daerah Kecil Menumbok ini terdiri daripada kaum nelayan sepenuh masa. Oleh itu, langkah permulaan yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menjadikan kawasan perairan Kg. Sarap/Siampak ini sebagai kawasan MESEJ atas air perlu disokong dengan strategi jangka panjang, misalnya dengan pembinaan pusat pembenihan ikan yang mempunyai mutu dan nilai pasaran yang tinggi. Pendekatan ini akan menjamin daya maju penternak-penternak ikan bukan saja di daerah ini malah di kawasan-kawasan lain di negeri Sabah.

Usaha untuk mencapai matlamat pengurangan kadar kemiskinan memerlukan tindakan yang bersepadu daripada semua pihak, terutama golongan sasar yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah serta ahli-ahlinya. Kita berharap supaya semua golongan sasar ini membulatkan tekad dan berusaha untuk menjayakan program ini yang sememangnya dirancang khusus untuk mereka. Tunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi kepada setiap program yang dijalankan oleh kerajaan kerana pada dasarnya usaha kerajaan ini adalah untuk membantu kehidupan rakyat agar mampu berada pada tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Pada kesempatan ini, saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri agar memastikan program-program yang dilaksanakan ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada masyarakat di kawasan masing-masing dan terus berusaha membawa perubahan sikap untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak  Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Dato' Salimpodon atas usaha menerajui program-program membasmi kemiskinan di negeri ini. Sama-samalah kita berharap agar usaha murni ini akan mencapai matlamatnya.

Dengan harapan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, melancarkan Projek Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Kg. Sarap/Siampak, Menumbok dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.

 

 
 

Offline arjuna.dewa

  • This Is Anfield!
  • Geng Karas
  • ****
  • Posts: 1231
  • Popularity: +4/-70
  • Gender: Male
Re: Highest Poverty In Malaysia - Sabah
« Reply #112 on: May 04, 2008, 12:05:55 AM »
Artikel ni sa ambik dari blog Khir Toyo :

Saturday, May 3, 2008
Sabah Perlukan Perhatian Serius Kerajaan Persekutuan

Baru-baru ini saya mengunjung ke negeri Sabah sekali lagi. Banyak tempat yang saya kunjungi. Di banyak tempat inilah juga isu kemiskinan merupakan satu topik yang amat relevan sekali.

Ini mengingatkan kembali saya kepada rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar sebelum 2010. Sungguh pun ia rancangan yang amatlah baik namun perancangan dan pelan yang ada tidak jelas sama sekali.

Pada hemat saya rancangan pembasmian kemiskinan ini tidak akan berjaya kerana ia tidak dibuat dengan tindakan yang memfokuskan kepada isu-isu pemangkin meningkatkan produktiviti terutama dalam sektor pertanian.

Masalah kemiskinan di sabah akan bertambah serisu bila berlaku lagi kenaikan barangan makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Ini akan menggawatkan lagi masalah kemiskinan di Sabah.

Melalui pengalaman saya di Sabah baru-baru ini saya tidak yakin dengan sasaran telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan akan berjaya.

Bagi saya kerajaan Sabah ditadbir dengan baik oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan untuk menyelesaikan miskin tegar terutama dalam menyediakan infrastruktur besar bagi menjana ekonomi dan pendapatan rakyat.

Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.

Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.

Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin.

Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?