Author Topic: Area 51 lokasi paling rahsia AS  (Read 1228 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline giggs_jie

  • Gallant and Loyal..you know what's is mean...
  • Geng Tatap
  • ***
  • Posts: 461
  • Popularity: +0/-7
  • “Fight continues”
    • http://D:\acer documents\My Pictures
Area 51 lokasi paling rahsia AS
« on: April 29, 2008, 11:10:51 AM »
AREA 51

Setakat ini tiada bukti untuk menyokong dakwaan kawasan berkenaan dijadikan pusat kajian mengenai UFO, ujian senjata canggih. PADA 1989, Bob Lazar dalam satu temuramah televisyen yang disiarkan Stesen Penyiaran Las Vegas, mendakwa yang dia pernah menjalankan satu tugasan berkaitan 'kapal angkasa makhluk asing' atau UFO yang ditempatkan di Tasik Papoose, Selatan Area 51, Nevada, Amerika Syarikat (AS). Sejak dakwaan Lazer itu, Area 51 mula menjadi lokasi misteri yang terkenal di kalangan ramai pihak terutama pengkaji makhluk asing dan UFO. Mereka percaya kononnya di situlah wujudnya satu markas makmal penyelidikan milik Kerajaan AS bagi mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing yang terhempas ke bumi. Teori konspirasi itu berlarutan sehingga kini berikutan tiada siapa yang dapat mengesahkan dakwaan Lazer itu selain tiada siapa yang mampu tampil bersama bukti mengenai aktiviti misteri yang dilakukan di lokasi rahsia itu.

Area 51 sebelum itu lebih dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Ujian Penerbangan Tentera Udara AS dan digunakan sebagai pusat pembangunan dan ujian bagi menghasilkan pesawat tempur canggih untuk negara terbabit.

Ia adalah antara lokasi paling rahsia di AS dan terletak di sebuah daerah terasing di selatan Nevada di mana penduduk tidak dibenarkan memasuki, menghampiri malah mengambil gambar di kawasan berkenaan atau mereka akan didakwa mengikut Seksyen 21, Akta Rahsia Rasmi 1950 (50 USC 797).

Bagaimanapun, aktiviti rahsia serta penyelidikan sulit berhubung pembinaan pesawat tempur selain beberapa laporan kononnya berlaku pelbagai fenomena aneh dan luar biasa di kawasan itu semakin menimbulkan curiga di kalangan ramai pihak.

Ia sekali gus mencetuskan prasangka di kalangan penyelidik ‘UFOlogy’ mengenai kemungkinan Kerajaan AS sudah berjaya menangkap makhluk asing dan merampas kapal angkasa mereka yang terhempas.

Mengikut teori konspirasi itu lagi, pihak kerajaan terbabit kini sedang melakukan pelbagai uji kaji terhadap makhluk itu serta mengkaji teknologi kapal angkasa mereka di Area 51, akan tetapi, Kerajaan AS didakwa cuba merahsiakan penemuan penting itu daripada semua pihak.

Penyelidik juga percaya yang makhluk asing serta UFO yang terhempas di Roswell, New Mexico, pada Julai 1947 juga ditempatkan di Area 51 untuk kajian lanjut.

Misteri mengenai kegiatan rahsia di lokasi sulit itu semakin menarik minat ramai pihak sehingga timbul pelbagai khabar angin antaranya:

Di lokasi itulah kerajaan AS didakwa menyimpan, menyelidik dan melakukan proses ‘keterbalikan kejuruteraan’ terhadap kapal angkasa makhluk asing bagi membolehkan mereka membina pesawat tempur canggih berasaskan teknologi UFO yang mereka temui.

Antara teknologi yang didakwa berjaya dibangun saintis dan penyelidik AS berasaskan penyelidikan terhadap kapal angkasa itu ialah penghasilan pesawat luar biasa dalam Program Aurora.

Kerajaan AS juga didakwa mengadakan kaji selidik dalam pelbagai bidang sains dan sosial terhadap makhluk asing yang ditemui sama ada hidup atau sudah mati malah mereka mungkin sudah mengadakan perhubungan dengan tamadun makhluk asing di angkasa.

Di lokasi Area 51 itu, penyelidik dan saintis didakwa sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan senjata berasaskan tenaga alam seperti kawalan cuaca terhadap ribut, puting beliung atau gempa bumi.

Dakwaan yang lebih menggemparkan kononnya di lokasi rahsia itu saintis dan penyelidik sedang membina teknologi mesin merentas masa.

Segala penyelidikan dan aktiviti sulit di Area 51 didakwa berkait rapat dengan satu pertubuhan rahsia dikenali ‘Majestic 12’ yang ditubuhkan pada 1947 untuk menyiasat segala aktiviti berkaitan dengan UFO dan makhluk asing.

Pertubuhan rahsia yang anggotanya terdiri daripada sekumpulan saintis, ketua tentera, pegawai tinggi kerajaan AS itu ditubuhkan atas arahan eksekutif daripada Presiden AS ketika itu, Harry S Truman.

Mengenai lokasi makmal rahsia di Area 51 pula, ada khabar angin kononnya ia dibina di bawah tanah dan di dalam Tasik Papoose.

Kononnya di bawah permukaan muka bumi kawasan gurun itu, ada satu kompleks teramat besar yang dihubungkan dengan jalinan jalan raya bawah tanah selain wujudnya lapangan terbang khas yang hanya muncul apabila tasik berkenaan terbelah.

Bagaimanapun, pihak Tentera Udara AS menafikan kewujudan ‘Area 51’ sebagai satu daripada tapak operasi yang berada di bawah kawalan mereka.

Bagaimanapun, misteri berhubung lokasi itu semakin membingungkan apabila pada Julai 1996, seorang pemanggil rancangan radio ‘Art Bell's Coast to Coast AM’ yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Victor’ mendakwa dia memiliki pita video yang menyiarkan proses soal siasat pegawai tentera dan saintis terhadap makhluk asing yang dilakukan di Area 51. Makhluk asing itu dipercayai berkomunikasi menggunakan telipati.

Victor mendakwa yang dia berjaya membuat salinan daripada rakaman asal milik pihak berkuasa Area 51 dan menyeludup keluar pita video berkenaan dari lokasi sulit terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh yang mampu membongkar apa sebenarnya yang terdapat di sebalik lokasi rahsia Area 51.

Mungkin di situ terdapat pesawat angkasa lepas dan jasad makhluk asing; mungkin juga di situ terdapat makmal yang melakukan pelbagai penyelidikan bagi menghasilkan teknologi luar biasa; mungkin di situ juga disembunyikan pelbagai projek rahsia Kerajaan AS atau mungkin di situ hanya terdapat bangunan pejabat bagi operasi biasa tentera AS.

Sehingga kini, aktiviti sebenar di lokasi rahsia Area 51, kekal menjadi misteri. sumber: www.wikipedia.com

INFO: Area 51

i. Terletak di Nevada, Amerika Syarikat.

ii. Turut dikenali sebagai Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake dan juga The Directorate for Development Plans Area.

iii. Menjadi pusat penyelidikan dan ujian penerbangan bagi Tentera Udara AS.

iv. Menjadi popular berikutan dakwaan kononnya makhluk asing dan UFO yang terhempas di bumi disembunyikan untuk dikaji di lokasi itu.

v. Misteri berhubung lokasi itu banyak disebut dan dijadikan babak dalam filem dan rancangan televisyen antaranya The X-files, CSI, Stargate dan Eureka.




Don't cry because it is over, smile because it happened

Offline Devlin

  • True REDS Forever.
  • Geng Karas
  • ****
  • Posts: 2026
  • Popularity: +17/-2
  • Gender: Male
  • Sing to me baby.
Re: Area 51 lokasi paling rahsia AS
« Reply #1 on: April 29, 2008, 12:07:00 PM »
Ni tempai area51 childhood playground si Mrhenri.....hehehehehe.....you can run....but you can also hide.  :D
Ignorance Is Bliss...

Offline mrhenri

  • Sniper Elite Division
  • Global Mod
  • Geng Karas
  • ****
  • Posts: 1745
  • Popularity: +4/-2
  • Gender: Male
Re: Area 51 lokasi paling rahsia AS
« Reply #2 on: April 29, 2008, 12:10:20 PM »
Ni tempai area51 childhood playground si Mrhenri.....hehehehehe.....you can run....but you can also hide.  :D

Conspiracy theory eh? hehehhe,, itu dulu la devlin, now retired suda,, hehehhe

Offline Kayoti

  • LFC 4ever
  • Geng Elite
  • *****
  • Posts: 10050
  • Popularity: +14/-1
  • Gender: Male
  • 18+5 > 19+3...We are STILL the BEST !!! :P
    • http://www.newsnow.co.uk/newsfeed/?name=Liverpool
Re: Area 51 lokasi paling rahsia AS
« Reply #3 on: April 29, 2008, 01:17:55 PM »
Conspiracy theory eh? hehehhe,, itu dulu la devlin, now retired suda,, hehehhe

mrhenri skrg the departed sdh....u dun know which side he really is.....mystery guy?? hehehe... :-X
YNWA....