SabahRhinos.com akan membentangkan kain rentang (banner) semasa perlawanan menentang Kedah pada 23 Nov 2004 nanti!
Semua ahli SabahRhinos.com adalah dijemput untuk memberikan cadangan slogan yang akan digunakan. Cadangan2 terpilih akan diundi oleh semua ahli2 dan pemenang akan menerima hadiah sumbangan SabahRhinos.com berupa cap/topi dan t-shirt SabahRhinos.com.
Untuk mengelakkan dpd idea dicuri atau dipinjam, maka semua ahli adalah diminta untuk menghantar Private Message (PM) kepada mrbadak atau trex cadangan2 kamu.
Sewaktu proses pengundian, slogan akan ditunjukkan tanpa nama pencadang. Ini juga untuk memastikan undian adalah untuk slogan dan bukan untuk ahli (tuanpunya idea).
Setiap ahli boleh menghantar sebanyak 3 cadangan maksima.
Berikut adalah jadual pertandingan ini.
9hb - 17hb Nov : Cadangan diberikan kpd MrBaDaK/Trex.
17hb - 21hb : Proses undian oleh semua ahli SabahRhinos.com utk memilih slogan yang paling sesuai.
Ada apa2 soalan, sila tanya di sini.